20 March 2009

MEMANSUHKAN PPSMI BUKAN BERERTI MEMANSUHKAN BAHASA INGGERIS

areeve87.wordpress.com
areeve87.blogspot.com
Bahasa Jiwa Bangsa, adakah anda setuju jika saya katakan:

Bahasa Melayu Jiwa Bangsa Melayu, Bahasa Inggeris Jiwa Bangsa Inggeris.....dsb

Saya tidak menafikan kepentingan PPSMI, tetapi mari kita renungkan sejenak beberapa persoalan:

  • Andai PPSMI mahu diteruskan dengan alasan "tidak bnyak buku rujukan Sains & Matematik dlm BM", apakah buku2 Sains dan Matematik akan bertambah dengan perlaksanaan PPSMI?
  • Atau yg semakin brtmbah adalah buku yg ditulis penulis Melayu di dlm BI? dalam erti kata lain kitalah bangsa yg mengurangkan buku bahasa ibundanya sendiri & menolong bangsa penjajah terus menghasilkan rujukan di dlm BI?
  • Dlm erti kata lain juga, kitalah bangsa yg akn tlg menambahkan carta penjualan buku2, surat-khabar2, majalah BI krna ibubapa bangsa Melayu akn membelikan atau mengerah anak2 mrka utk membaca bhn rujukan BI yg amat penting?
  • Dlm eri kata lain lagi, maka akan terbunuhlah karya2 penulis2 dlm BM?
  • Dlm erti kata lain lagi, terkorbanlah industri penulisan BM sepert matinya suratkhabar Jawi?
  • Dlm erti kata lain lagi, maka smkin byklah pejuang2 BI berwajah Melayu sepertimana pembaca berita BM tetapi berambut perang?
  • Apa salahnya BM yg dipelajari dlm Sains & Matematik selama setengah abad merdeka hingga lahirnya ramai professional2 Melayu dlm kedua2 bidang ini?
  • Mereka juga pandai BI. Tahu kenapa? Kerana pengajaran "subjek Bahasa Inggeris" sudah cukup tanpa perlu digunakan dlm S&M.
  • Tidak cukupkah selama ini, kita belajar subjek bahasa "Bahasa Inggeris" utk mendalami ilmu mereka?
  • Seolah2 hari ini kita ditekankan utk bercakap BI dlm "grammar" yg betul? Perlukah semua ini?Cukup shj rasanya kalau kita faham & boleh berkomunikasi dlm BI bukan?

Satu peringatan yg sy sgt2 mahu tekankan:

Sekalipun PPSMI mahu dimansuhkan, anak bangsa tetap kena belajar subjek BI, mereka tetap faham BI, boleh membaca bahan rujukan BI, bercakap dlm BI, melihat filem BI, menterjemah BI ke BM, dsb.

Namun, di dlm memperkasa BM, industri penterjemahan negara juga wajib diperkasakan, dan inilah tugas Bangsa Melayu kerana ini bahasa jiwa bangsa kita. MUSTAHIL, org barat pula yg nak buat buku dlm BM sebab ini bukan bahasa mrk. Kitalah pemiliknya.

Ingat, "MEMANSUHKAN PPSMI BUKAN BERERTI MEMANSUHKAN BAHASA INGGERIS".

27 February 2009

"Takkan Melayu hilang di dunia", kata Hang Tuah.

Benarkah "takkan Melayu hilang di dunia"?
from:
areeve87.wordpress.com
areeve87.blogspot.com

Bukankah telah datang kepada mereka berita orang-orang yang terdahulu daripada mereka, iaitu kaum Nabi Nuh dan Aad dan Thamud dan kaum Nabi Ibrahim dan penduduk negeri Madyan serta negeri-negeri yang telah dibinasakan? (Semuanya) telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan yang jelas nyata, (lalu mereka mendustakannya dan Tuhan pula membinasakan mereka); Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.(QS. At-Taubah: 70)

Dan berapa banyak kaum-kaum (yang ingkar) yang terdahulu daripada orang-orang musyrik Mekah itu Kami telah binasakan. Kaum-kaum itu lebih kekuatannya (dan kehandalannya) daripada mereka, lalu kaum-kaum itu keluar mencari perlindungan di merata-rata negeri. (Meskipun demikian keadaannya) dapatkah (mereka) menyelamatkan diri?.
Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya) atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.(QS. Qaf 36-37).

Dan tiadalah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki dari penduduk bandar, yang kami wahyukan kepada mereka. Maka mengapa orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?.
(Orang-orang yang mendustakan agama Allah itu telah diberi tempoh yang lanjut sebelum ditimpakan dengan azab) hingga apabila Rasul-rasul berputus asa terhadap kaumnya yang ingkar dan menyangka bahawa mereka telah disifatkan oleh kaumnya sebagai orang-orang yang berdusta, datanglah pertolongan Kami kepada mereka, lalu diselamatkanlah sesiapa yang Kami kehendaki. Dan (ingatlah bahawa) azab Kami tidak akan dapat ditolak oleh sesiapapun daripada menimpa kaum yang berdosa.
Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) ia bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.(QS Yusuf 109-111).

Terjawab???

Boikot barangan Yahudi & burung pipit

from:
areeve87.wordpress.com
areeve87.blogspot.com

Burung PipitSpesis: Burung pipit
Nama saintifik: Passer (true sparrow)
Era: Nabi Ibrahim a.s.
Sinopsis: Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Namrud yang zalim, seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil. Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu? Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu. Namun, sekurang-kurangnya dia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

Have you heard of the story of Prophet Ibrahim (pbuh) and the sparrow? It is said that when king Nimrod put prophet Ibrahim (pbuh) in fire, there was this little sparrow who kept going to a pond nearby, filling its beak with water and then trying to douse the fire with that water. Angel Jibreel/Gabriel (pbuh) saw this and asked the sparrow why he thinks that this water will douse the fire.

The sparrow replied that he knows this wont be able to douse the fire but atleast he has done his duty and will not be held responsible on the day of judgement about standing by and watching such oppression.

Link berkaitan:
http://ajurina9.tblog.com
http://www.malaysiatoday.com
http://ilidash.blogspot.com
http://lensahati.wordpress.com

Karpal Singh, Sultan Azlan & Syuraih r.a.

from:
areeve87.wordpress.com
areeve87.blogspot.com

Ini adalah isu apabila Karpal Singh nak saman Sultan Perak atas sebab baginda melanggar Undang-undang Tubuh Negeri Perak......kisah ini memang x berkaitan secara langsung.....tetapi pada penghujungnya ia tetap mencapai suatu konklusi yg sama iaitu.........."DLM UNDANG2 ISLAM(SYARIAH) TIADA SIAPA YG ADA IMUNITI HATTA MEREKA YG DIJAMIN MASUK SYURGA".............got it?

Amirul Mukminin tidak berhak memulangkan kuda dalam keadaan tempang ! Tuan mengambilnya dalam keadaan baik, maka seharusnya dikembalikan dalam keadaan baik pula ! Demikianlah dengan jelas dan penuh keyakinan seorang tabi’iy yang mulia membuat keputusan dalam perselisihan melibatkan khalifah Islam yang berpengaruh Umar al-Khattab r.a dengan seorang awam.Kes ini terjadi apabila kuda yang dibeli oleh khalifah menjadi tempang setelah digunakan.Tabi’iy yang dimaksudkan adalah seorang lelaki cerdik berakhlak mulia dari keturunan Yaman, dari kabilah al-Kindah, Syuraih bin al-Haris.Beliau yang tidak pernah dikenali sebelum itu di kalangan penduduk Madinah yang terdiri dari kalangan sahabat dan tabi’in yang hebat kini membuat keputusan yang membingungkan khalifah.Meskipun beliau tidak berkesempatan bertemu dnegan Nabi s.a.w namun keikhlasannya memeluk Islam disertakan dengan pengalamannya berada di zaman jahiliyyah sebelumnya menjadikan beliau seorang yang sangat memahami selok belok dan asam garam kehidupan.

Kebijaksanaannya mengendalikan kes yang rumit itu telah menjadikannya masyhur, sehinggalah Umar r.a melantiknya menjadi hakim Negara Kufah yang merupakan salah satu wilayah besar Negara Islam yang beribunegarakan Madinah.Ternyata pemilihan Umar r.a itu merupakan firasat yang tepat apabila semua khalifah yang datang selepasnya hingga ke zaman permulaan Bani Umayyah, Mu’awiyah r.a terus mengekalkan Syuraih r.a sebagai hakim tertinggi mahkamah.Beliau diamanahkan jawatan itu selama lebih kurang enam puluh tahun, memutuskan hukuman secara adil , tidak berat sebelah dan saksama.Tidak kurang pula keputusan yang dibuat itu menyebelahi orang awam, sekalipun pedakwanya adalah orang bangsawan yang mempunyai kedudukan mulia.Antara kes yang turut mendapat perhatian dunia hingga ke hari ini adalah dakwaan khalifah Islam ke empat, Ali bin Abi Talib r.a terhadap seorang yahudi yang didakwa mengambil baju besinya yang keciciran darinya.Apabila kes itu diadili, Syuraih dengan emah lembutnya telah mengatakan : Wahai Amirul Mukminin ! saya meyakini bahawa Amirul Mukminin tidak akan berbohong.Namun kehakiman Islam menetapkan setiap pendakwa agar mengemukakan dua orang saksi.Ali r.a menyahut ya , bersama saya Qanbar , pembantu saya dan al-Hasan , putera saya sebagai saksi.Jawab Syuraih, maaf Amirul Mukminin, Islam tidak mebenarkan anak sebagai saksi ! Khalifah islam itu hanya mampu bertasbih dengan Subhanallah mendengar jawapan ringkas tetapi bermakna itu.Bukankah semua orang memaklumi bahawa al-Hasan dan a-Husin r.a telah dinobatkan sebagai ketua pemuda ahli syurga di akhirat kelak..Apakah orang berilmu seperti Syuraih tidak mengetahui hakikat ini atau dia mempunyai kepentingan tertentu? Tidak, sama sekali tidak kerana hukum yang telah ditetapkan Allah dan NabiNya adalah suatu yang tidak boleh diubah sesuka hati.Walaupun ketinggian kedudukan mereka di sisi Allah disepakati oleh semua umat Islam tetapi perjalanan pentadbiran di dunia mestilah berdiri di atas kaedah-kaedah yang digariskan.Persaksian dalam Islam tidak boleh disokong oleh kaum keluarga, bagi mengelakkan conflict of interest.

Ali bin Abi Talib r.a yang menjawat jawatan tertinggi dalam Negara akur dengan keputusan hakim mahkamah kerana bagi beliau keputusan hakim perlu dihormati bukan untuk dipertikaikan.Di luar jangkauan para pemerhati, yahudi yang didakwa tadi akhirnya telah mendedahkan bahawa baju besi itu sememangnya milik Ali yang ditemuinya tercicir.Beliau akhirnya mengisytiharkan keislamannya di hadapan khalayak selepas melalui pengalaman peribadi yang membenarkan keadilan Islam bahawa tiada siapa yang akan teraniya di bawah naungan Islam.(petikan dari Majalah Solusi bil. ke-3)